Isnin, 28 Januari 2008

Bakal Tapak Projek Tanaman Cendawan

Kawasan belakang rumah, saiz 10'x20', siap ada bumbung lagi, cuma perlu pasang net hitam dan buat rak cendawan saja. Semoga tanah sekangkang kera ini memberi menafaat kepada kami sekeluarga.
Saya rasa boleh letak bongkah sampai 7000bongkah. insyaallah.....



Lantai masih basah lagi, baru buat 5S.....



























Gambar menunjukkan kawasan kiri belakang rumah


Yang ini pulak gambar menunjukkan kawasan kanan belakang rumah.....

Bakal jadi tempat mix habuk kayu untuk buat bongkah...kereta park kat luar rumah masa nak buat operasi nanti...boleh kott..yakin boleh...
kukus pun kat sini gak....8jam saja..
sebelah kanan rumah kosong...sebelah kiri..jiran ok..

Perkembangan 10 Bongkah ketika pergi Kursus

Bongkah 1,2,3 ...perkembangan biasa saja...tak brapa putih sangat


Perkembangan bongkah 4,5...buat saya senyum...bongkah 6 biasa saja ,best laa kalau jadi

Bongkah 6,7,8 pun biasa saja.....

Tapi 9 ngan 10 ni slow sikit laaa...lagi2 yg bongkah 10..macam tak jadi saja...mungkin bag bongkah padat sangat kot...


Ini gambar keseluruhan bongkah , setelah seminggu disuntik benih




Sabtu, 19 Januari 2008



Awaliyah sibuk urus cendawan, klinik homeopati

Oleh ROSMAH DAIN

AWALIYAH BIARPUN telah bergelar usahawan dengan mempunyai sebuah syarikat pelancongan yang mengendalikan umrah dan ziarah serta klinik Homeopati, namun wanita ini tetap mahu mencuba bidang pertanian yang memang diminatinya semenjak kecil.

Bagi merealisasikan impian berkenaan, sejak hampir lapan bulan lalu, beliau telah membina sebuah bangsal pertanian bersebelahan rumahnya bagi mengusahakan penanaman cendawan tiram kelabu.

Awaliyah Wahid, 43, mengakui pada mulanya beliau bertindak mengusahakan penanaman cendawan berkenaan sekadar suka-suka sahaja akibat teruja dengan kegiatan aktiviti rakan-rakan lain yang berbuat demikian bagi mengisi masa lapang.

Beliau sama sekali tidak menyangka, tanaman cendawan yang diusahakan kini amat memberikan pulangan pendapatan yang baik.

Cendawan tiram keluarannya kini dipasarkan di sekitar pasar raya dan pasar tani berhampiran rumahnya atau dipasarkan sendiri.

``Ramai juga yang datang ke sini untuk membeli sendiri cendawan ini daripada kami kerana rasanya lebih manis dan sedap memandangkan ia lebih segar kerana baru dipetik dan tiada bahan pengawet mahupun racun serangga serta harganya lebih murah,’’ katanya.

Awaliyah kini mengusahakan 12,000 bongkah cendawan di bangsal berkenaan yang mana setiap satu bongkah boleh mengeluarkan hampir 30 putik cendawan pada satu-satu masa.

Dibantu oleh suaminya, Johari Mat Isa, 44, Awaliyah mengakui, rutin hariannya sekarang menjadi semakin sibuk kerana harus menumpukan perhatian kepada penanaman cendawan, apatah lagi buat masa ini beliau belum mempunyai pembantu.

“Saya akan bangun pukul lima pagi untuk membersihkan bangsal cendawan, kemudian memetik cendawan dan mengumpulkan di dalam bekas untuk diagih-agihkan kepada pihak yang telah membuat pesanan.

“Selepas itu saya akan terus ke syarikat memulakan tugas sebelum ke klinik Homepathy untuk melihat apa yang diperlukan di sana,’’ katanya yang juga memasarkan kopi dan ubat-ubatan herba hasil perkilangan tempatan.

Pada waktu petang pula, Awaliyah akan bergegas balik dari syarikat untuk memetik cendawan. Pada waktu tengah hari ibunya akan membantu memetik tumbuhan berkenaan.

Katanya, cendawan tiram adalah tumbuhan yang cepat berkembang, tidak memerlukan modal yang banyak dan mudah dijaga.

Dalam satu hari katanya, cendawan perlu dipetik tiga kali iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Sekiranya proses memetik cendawan ini terlewat untuk beberapa jam, cendawan yang berkembang akan rosak.

Selain itu beliau juga perlu memastikan bangsal cendawan sentiasa bersih memandangkan bangsal yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan cendawan mudah rosak, berkulat dan berbau.

Awaliyah memberitahu, beliau mendapat benih cendawan daripada Jabatan Pertanian Tanjung Malim, Perak.

“Operasi menyemai benih cendawan memerlukan habuk kayu getah, dedak, kapur pertanian yang digaul sebelum proses pengukusan selama tujuh jam dilakukan. Kemudian bahan-bahan ini dimasukkan ke dalam beg.

“Benih akan disemai ke dalam setiap beg dua hari selepas proses kukus berkenaan dan kita akan menanti selama tiga bulan sebelum cendawan boleh dipetik,’’ kata ibu kepada empat cahaya mata ini.

Sementara itu, usahawan wanita ini juga turut mempunyai sebuah cawangan syarikat pelancongan di Tanjung Malim, Perak dan ibu pejabat baru syarikat pelancongannya sedang dibina di Klang, Selangor.

Melihat kejayaan penanaman cendawan yang diusahakan, Awaliyah kini sedang merancang untuk membina beberapa bangsal lagi untuk melipat-gandakan tanamaan ini dengan mengambil beberapa pembantu untuk mengkomersialkan tanaman ini.

Awaliyah yang menetap di No. 11, Kampung Padang, Behrang Station, Behrang, Tanjung Malim, Perak boleh di hubungi di talian 05-4541635 ataupun 019-3544888.

Rabu, 16 Januari 2008

BARU PERGI KURSUS



Selamat Datang ke An-Nisa' Agrotech.

Blog ini baru sahaja dihasilkan bagi perkongsian maklumat dan pengalaman dalam bidang penanaman cendawan. Kami masih baru dan sangat baru dalam bidang ini.

Baru-baru ini kami telah menghadiri satu kursus penanaman cendawan di Atiqah Agrotech, banyak pengalaman dan ilmu yang kami dapat dalam menjalani kursus disana selama 2 hari. Kami diajar secara teori dan pratikal tentang cara-cara penanaman cendawan secara komersil. Selepas kursus kami berkeyakinan tinggi tentang selok-belok tanaman ini. Kami di beri 10 bongkah yang benihnya kami suntik sendiri semasa latihan amali, dan ia adalah untuk dibawa pulang bagi meneliti perkembangan cendawan. Kami sangat berpuas hati dengan latihan yang di beri oleh Tuan Hj. Johari Bin Mat Isa.

TERIMA KASIH ATIQAH AGROTECH